Tuesday 13 December 2011

kab - ba - ro - kaf - ta - nun = KEBERKATAN :D

ASSALAMMUALAIKUM :D
lame da tak update blog , rindu lakk ! hee ;D
tadi ade la godek-2 kat iluvislam.com tu kan . . 
godek-2 punye godek , jumpa la satu tips nie yang amat berguna ^_^
bagi fara , memang sesuai la untuk orang macm fara nie yang bergelar sebagai 'PELAJAR' , cewahh ! huhu :)
tajuk die ' BAGAIMANA MENDAPATKAN KEBERKATAN'

kita sebagai umat islam , memang menitikberatkan keberkatan dalam menuntut ilmu , yg lain-2 pun kene jugak , hurmm . :)
paling penting , keberkatan daripada emak/ayah kita , cikgu kita , hah ! :D

sesuatu yang tak dapat dilihat , dengan berkat itu kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiase walaupun separuh dunia berada di bahu kita . 

antara TIP-2 nyeee : 

--> sebelum belajar , niatkan dalam hati nie bahawa kite belajar kerana Allah s.w.t <-- 
 Setiap kali mahu keluar dari rumah / bilik [ sape yang duk asrama ] untuk pegi sekolah , sentiase ingatkan diri kita , aku menuuntut ilmu ini kerana Allah S.W.T . Bannyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu . :)
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang . Tetapi fikirlah bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat sentiase mendoakan kita . Jadi , kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama . :)
                                                              -->  disiplinkan diri <--                                                                                                                           Setiap kali nak study, mesti bace satu muka surat al-Quran sebelum nak mula waktu study tu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada sorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebiih 2 tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibubapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat akan memberi alasan, tetapi dia sentiase cari jalan :)

--> Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu <--
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-2 sudah baca topik tersebut, tapi tetap tak faham, dan akhirnya kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada *'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalan fokus, mereka pergi membaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
--> utamakan seruan Allah S.W.T. <--
Part nie paling penting !! Apabila kita khusyuk sangat study, tetibe azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T . Tak lama pun solat ni, Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa :
" Orang yang menyahut seruan azan serta merta meninggalkan urusan untuk menunaikan solat berjemaah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya. "
Jadi, setiap kali rasa berat pungguung nak benti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dulu daripada kerja lain. Mana kita tau kan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu ;D . Inilah namanya berkat, apabila kita mengutamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

--> jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar <--
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiase ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-2 azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat. :)

Kesimpulannya , selamat beramal . :) Cubalah praktis tips belajar ni, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata-2, tetapi kita jugak mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.  Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak ( Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu )
Fara hanya nak berkongsi tips yang fara dapat nie sama2 untuk kita peroleh kejayaan satu hari nanti , Insay-Allah . Sama-2 kita untuk mendapatkan keberkatannya :) 








1 comment:

  1. salam..kamu ditag dlm blog sye..
    http://sayangkamusngt.blogspot.com

    ReplyDelete